Dunia   

Trump temu ramah empat calon ketuai FBI

pada 18-05-2017 12:05 

Post Pic

 
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menemuramah empat calon berpotensi untuk mengetuai Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI). 
 
Empat calon terbabit adalah bekas Senator Connecticut, Joe Lieberman; bekas Gabenor Oklahoma, Frank Keating; Pemangku Pengarah biro, Andrew McCabe dan bekas pegawai kanan FBI, Richard McFeely. 
 
Peguam Negara, Jeff Sesyen, turut serta dalam temu bual itu. 
 
Mesyuarat itu dibuat lebih seminggu selepas Trump memecat James Comey daripada jawatannya sebagai pengarah FBI. Trump berkata, beliau boleh menamakan calon menjelang hujung minggu ini. 
 
Calon perlu mendapat pengesahan Senat. Ketika ditanya sama ada beliau akan menerima tawaran Trump, Keating berkata: "Saya adalah kakitangan awam. 
 
Ia adalah perbualan yang menarik." McFeely tidak memberi sebarang komen, manakala pemberita gagal menemui Mc Cabe. 


Tags : Trump calon ketua FBI


Ruangan Komen