Dunia   

Empat tentera Indonesia maut dalam latihan

pada 18-05-2017 12:05 

Post Pic

 
JAKARTA: Empat anggota tentera Indonesia terbunuh dan lapan yang lain cedera dalam kemalangan ketika latihan di Laut China Selatan semalam.
 
Tentera berkata meriam yang digunakan gagal berfungsi ketika latihan batalion rizab tentera di Tanjung Datuk, pinggir laut kepulauan Indonesia. 
 
"Meriam itu menjadi tidak terkawal dan menembak tentera yang berada di kawasan itu yang menyebabkan lapan cedera, empat parah," kata jurucakap tentera, Alfret Denny Tuejeh kepada AFP Katanya, meriam yang dibeli pada 2003 itu digunakan sehari sebelumnya tanpa sebarang masalah. 
 
Tentera sudah memulakan siasatan untuk mengetahui punca insiden. Pulau terbabit adalah sebahagian daripada kepulauan kecil milik Indonesia terletak jauh di Laut China Selatan, kawasan yang kaya dengan sumber ikan dan minyak. 
 
Pernah berlaku beberapa kali pertempuran antara kapal China dan Indonesia sekitar pulau terbabit sejak kebelakangan ini, menyebabkan Indonesia mengukuhkan pertahanannya di kawasan itu. 


Tags : Empat tentera Indonesia


Ruangan Komen