Dunia   

8 polis maut serangan Taliban

pada 19-05-2017 08:05 

Post Pic

KANDAHAR: Lapan polis maut dalam serangan terhadap tiga pos pemeriksaan di wilayah Kandahar. 
 
Jurucakap ketua polis wilayah, Zia Durani, berkata hari ini Taliban melancarkan serangan ke atas pos pemeriksaan polis tengah malam kelmarin di daerah Khakrezm Arghistan dan Nasheen. 
 
Katanya, 22 militan Taliban juga terbunuh dalam serangan itu. 
 
Pertempuran sengit terutama di daerah Nasheen. 
 
Jurucakap Taliban, Qari Yousuf Ahmadi mendakwa bertanggungjawab di atas serangan itu. 
 
Sementara di wilayah Hirat, militan Taliban menyerang bas tentera menyebabkan seorang maut dan dua lagi cedera, kata jurucakap gabenor wilayah itu, Jilani Farhad.-AP



Ruangan Komen