Nasional   

Tun M akui tiada parti lain mampu tumbangkan BN

pada 19-05-2017 02:05 

Post Pic

 
SHAH ALAM: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa tidak ada satu pun parti politik di negara ini yang mampu menumbangkan Barisan Nasional (BN).
 
Justeru kata beliau, atas sebab itulah partinya mengharapkan penyertaan PAS di dalam Pakatan Harapan (PH) untuk sama-sama menumbangkan BN.
 
“PPBM bersungguh-sungguh nak kerjasama dengan PAS, berkali-kali kita jumpa wakilnya dan mereka pada mulanya bersetuju, namun bila berjumpa Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) tidak bersetuju pula.
 
“Sehinggakan kita lewatkan penubuhan Pakatan Harapan kerana nak dapatkan persetujuan PAS, tetapi PAS lebih utamakan hubungan rapat dengan Umno dan akhirnya kita ditamatkan sendiri oleh PAS, sedangkan kita masih terbuka kerana kalau kita tidak bekerjasama dengan parti pembangkang lain tidak mungkin kita menang,” katanya menerusi temubual khas di Facebook beliau yang disiarkan secara langsung hari ini.
 
Rundingan PPBM bersama PAS menemui titik noktah selepas parti tersebut secara rasmi menjadi komponen Pakatan Harapan, pada Mac lalu.
 
Pakatan Harapan kini dianggotai DAP, PKR, Amanah dan PPBM.
 
Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata tindakan itu dibuat selaras dengan syarat PAS kepada mana-mana pihak yang ingin bekerjasama dengannya iaitu tidak menjalin sebarang hubungan dengan seteru politiknya iaitu DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
 


Tags : Tun M BN PAS


Ruangan Komen