Nasional   

Lelaki didenda RM 2,500 hina mufti Perlis

pada 19-05-2017 04:05 

Post Pic

 
KANGAR: Seorang operator pengeluaran kilang di Jejawi yang mengaku bersalah atas dakwaan menghina Mufti Perlis Datuk Mohd Zainul Abidin, didenda RM2,500 oleh Mahkamah Sesyen Kangar hari ini.
 
Mohd Shukor Ishak, 30, yang tinggal di Kampung Hutan Temin, Mata Air, Arau membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Amril Johari.
 
Tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Hajar Ahmad manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari.
 
Siti Hajar merayu bagi pihak anak guamnya agar mahkamah mengenakan hukuman ringan selepas dia mengakui kesilapan dan insaf dengan perbuatannya.
 
Hakim Azhar Abu Hassan kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,500 atau penjara 3 bulan jika tertuduh gagal menjelaskan denda.
 
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh menggunakan nama 'Mohd Shukor RK' memuat naik komen jelek terhadap Asri yang lebih dikenali sebagai Dr Maza secara sedar melalui akaun Facebook beliau pada pukul 6.30 petang, 30 April lepas dengan niat untuk menyakitkan hati orang.
 
Dia dituduh mengikut seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan dihukum mengikut seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 1 tahun atau kedua-duanya.


Tags : Mufti Perlis


Ruangan Komen