Dunia   

Trump kritik perangai teruk Kim Jong-un

pada 20-03-2017 08:03 

Post Pic

WEST PALM BEACH: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, semalam mengkritik pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dan berkata: "dia bertindak dengan sangat teruk". 
 
Trump membuat komen itu kepada wartawan sebelum berlepas ke resort Mar-a-Lago di Florida, bagi menghabiskan cuti hujung minggunya. 
 
Presiden AS itu berkata, pegawai pentadbirannya akan mengadakan mesyuarat hujung minggu ini bagi membincangkan pelbagai isu, termasuk mengenai Korea Utara. Reuters


Ruangan Komen