Nasional   

Isu Pengerang: Claire Brown, pembangkang sumber WSJ, kata Rahman

pada 20-03-2017 02:03 

Post Pic

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman hari ini mendedahkan identiti seorang daripada sumber Wall Street Journal dalam laporan kononnya syarikat minyak Arab Saudi (Saudi Aramco) menarik diri daripada usaha sama dengan Petronas dalam membangunkan sebuah kilang penapisan di Pengerang, Johor.

Katanya, laporan WSJ awal tahun ini, menyebut tiga nama.

"Seorang daripada mereka adalah Clare (Rewcastle) Brown, dua yang lain adalah anggota pembangkang," kata beliau di Dewan Rakyat hari ini.

Rewcastle-Brown adalah editor Sarawak Report, sebuah laman web pendedah maklumat yang lantang terhadap kerajaan.

WSJ dalam laporannya pada 26 Januari itu, menamakan "tiga orang yang biasa dengan perkara itu" sebagai berkata Saudi Aramco menarik diri daripada projek Pengerang.

Reuters juga menerbitkan laporan sama dengan memetik "sumber-sumber industri" sehari sebelum itu, pada 25 Januari.

Di sebalik laporan awal itu, Saudi Aramco dan Petronas akhirnya memeterai perjanjian usaha sama bernilai AS$7 bilion untuk membangunkan kilang penapisan minyak di Pengerang.

Perjanjian itu ditandatangani ketika lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, baru-baru ini.


Tags : Rahman Dahlan Claire Brown pembangkang Saudi Aramco Petronas Pengerang


Ruangan Komen