Nasional   

Pandu lawan arus: Polis serah kertas siasatan kali kedua

pada 21-03-2017 04:03 

Post Pic

 
GEORGETOWN: Polis akan menyerahkan kertas siasatan lengkap buat kali kedua mengenai kes remaja wanita yang memandu melawan arus, kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya hari ini.
 
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Chuah Ghee Lye, berkata polis akan menunggu jawapan bagi memastikan sama ada kes berkenaan akan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atau kekal seperti pendakwaan sebelumnya, iaitu mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987. 
 
Beliau turut menolak andaian kononnya polis sengaja melengahkan siasatan kes berkenaan sehingga mengundang pelbagai spekulasi. 
 
"Dalam prosedur siasatan ini, ia meliputi pelbagai aspek termasuk mengumpulkan segala bukti-bukti yang berkaitan termasuk pengesahan kad orang kurang upaya (OKU) yang dimiliki suspek. 
 
"Siasatan ini juga membabitkan semua keterangan, termasuk rakaman video saksi kejadian. Ini semua mengambil masa dan perlu disiapkan untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya," katanya dipetik Berita Harian.
 
Dalam kejadian Selasa lalu, Ng Pei Ven, 19, memandu secara melawan arus di Kilometer 134, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat Permatang Pauh, sehingga mengakibatkan seorang maut.
 
Mohamad Fandi Rosli, 26, maut di tempat kejadian selepas kereta Kelisa yang dipandunya dirempuh Pei Ven.
 
Pei Ven turut didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Jumaat lalu mengikut Sekseyn 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, namun mengaku tidak bersalah. 
 
Dia kemudiannya dibebaskan dengan jaminan RM5,000 dengan dua orang penjamin.
 


Tags : lawan arus kertas siasatan kedua


Ruangan Komen