Nasional   

Mahathir sedia tangguh debat ke tarikh, tempat lain

pada 21-03-2017 05:03 

Post Pic

 
PUTRAJAYA: Larangan polis mungkin tidak menjadi titik nokhtah bagi perdebatan di antara mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz.
 
Ini berikutan cadangan Dr Mahathir debat itu boleh diadakan pada tarikh lain dan di tempat yang lain.
 
"Jika dia (Nazri) tidak ada kuasa, atau (kedudukannya) dalam kerajaan dan partinya lemah, kita boleh adakan debat itu sama ada di Shah Alam atau tempat lain yang tidak memerlukan kebenaran polis.
 
"Saya akan hadir (walaupun debat itu ditangguh ke tarikh lain), kerana Nazri bukan matlamat kami. Kami mahu membincang mengenai 1MDB, dan membandingkannya dengan BMF (Bumiputra Malaysia Finance),"katanya dalam sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
 
Debat itu pada awalnya dijadualkan diadakan di dewan MRSM Kuala Kangsar pada 25 Mac.
 
Walaupun Mahathir dan Nazri bersetuju untuk berdebat, pemangku Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata, ia tidak diluluskan kerana penganjur lewat menyerah borang dan perdebatan itu tidak dibenarkan diadakan di premis sekolah.
 


Tags : Mahathir debat


Ruangan Komen