Nasional   

PAS sasar Selangor pada PRU14

pada 21-03-2017 06:03 

Post Pic

 
KOTA BHARU: PAS mensasarkan untuk mentadbir Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang, kata Ketua Pemudanya, Nik Abduh Nik Aziz. 
 
Ujar beliau, matlamat itu tidak lagi sama seperti PRU13 yang mana PAS bersetuju untuk PKR memimpin negeri berkenaan.
 
"Kita melihat lima negeri termasuk Selangor sebagai sasaran. Yang ada sekarang adalah hasil daripada PRU13 yang mana kita bersetuju PKR memimpin.
 
"Sekarang sudah berbeza dan tidak sama dengan PRU13, kita buat sasaran kita," katanya dipetik Sinar Harian.
 
Beliau mengulas ucapan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyebut hasrat PAS memimpin Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor, manakala yang lain terserah kepada Umno.
 
Nik Abduh berkata, sekiranya trend keputusan itu sama seperti PRU13, pintu rundingan dengan mana-mana pihak masih boleh dibuka.
 
Nik Abduh menafikan sasaran yang dibuat hasil pakatan dengan Ummo, sebaliknya dilakukan berdasarkan kemampuan PAS.
 
"Ini sasaran kita bersama yang dibuat PAS Pusat, (dipersetujui) di semua peringkat. Kita mahu lebih banyak kerusi.
 
"Yang Tok Guru (Abdul Hadi) sebut negeri Umno dah perintah, makna kekal, bukan bermakna ada satu pakatan, sekiranya Pakatan Harapan nak, dia kena usaha sendiri," katanya.
 
 
 
 
  


Tags : PAS Selangor Nik Abduh


Ruangan Komen