Komentar   

Sungguhkah Lim Kit Siang tiada cita jadi PM?

pada 11-04-2017 08:04 
Oleh Zainal Salleh

Post Pic

BAHAGIAN DUA
 
[ULASAN] Strategi Kit Siang mudah. Beliau sendiri perlu kelihatan berhemah dan memilih isu untuk mempertikaikan Islam. Bagaimanapun anak-anak buahnya digalakkan terus mempertikaian institusi Islam, terutama parti PAS.
 
Serangan tersusun ini digunakan untuk memancing Umno atau PAS supaya bersuara dan memprotes. Dalam keadaan itu lebih mudah DAP memomokkan mereka dengan rasis atau ekstrem.
 
Ini amat digemari oleh parti parti pembangkang Melayu yang sudah dimandulkan sensiviti mereka terhadap maruah Melayu dan Islam oleh DAP kerana pengaruh Umno dan PAS akan terus lemah. 
 
Melihat ada ramai Melayu liberal dan juga politikus Melayu yang menggelarkan diri sebagai muslim demokrat, makin mudahlah Kit Siang mencapai impiannya. 
 
Maka berleluasalah kegiatan pemimpin pelapis DAP menyerang Islam dari pelbagai sudut. Contohnya:
 
Satu: Zairil Khir Johari mempersoalkan kewujudan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 27 Jun 2015.
 
Dua: Lim Kit Siang mempersoalkan kandungan khutbah Jumaat pada 1 Februari 2014 yang menyebut perpecahan umat Islam disebabkan hasutan umat Kristian dan Yahudi.

Tiga: Tony Pua mempersoalkan larangan ke atas umat Islam menyambut Hari Valentine pada 15 Februari 2014.

Empat: Kritikan Chong Eng pada 9 Februari 2015 berkait kewajipan wanita Muslim menutup aurat.
 
Lima: Dr Tan Seng Giaw mempersoalkan di Dewan Rakyat pada 27 September 2005 keperluan melaungkan azan dan bacaan ayat al-Qur’an melalui pembesar suara yang mengganggu bukan Islam.
 
Enam: Teresa Kok pada 22 Julai 2016 mempersoalkan kewajaran Exco Hal Ehwal Agama Selangor mengarahkan semua masjid di Selangor mengadakan solat hajat memohon konsert Selena Gomez di Stadium Melawati, Shah Alam pada 25 Julai dibatalkan.
 
Tujuh: Damian Yeo Shen Li mempersoalkan pada Februari 2016 sama ada dosa penganut Islam terhapus bila menjejakkan kaki ke Makkah.
 
Lapan: Pemimpin DAP Johor, Suppiah Ramakrishnan , mempertikaikan isu sama di media sosial pada Mac 2016 dan kemudian dipadamkan.
 
Sembilan: Nga Kor Ming pada Disember 2015 menyindir purdah yang dipakai wanita Islam sambil menyifatkan cadangan pramugari MAS memakai menutup aurat sebagai ‘pemimpin Melayu otak cacat’
 
Sepuluh: Ngeh Koo Ham pada 7 Jun 2014 dan diulangi di Dewan Rakyat pada 11 Jun 2014 supaya umat Islam diberi kebebasan murtad.
 
Sebelas: Penentangan DAP terhadap cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah malah mengganggu Hadi membentangkannya.
 
DAP dakwa RUU 355 tak ikut perlembagaan

DAP kekal dengan pendirian tidak menyokong Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) yang dibentang Hadi Awang minggu lalu.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata RUU 355 yang dibawa PAS itu bagi menambah bidang kuasa mahkamah syariah jelas tidak menepati Perlembagaan Persekutuan.
 
"Kita sudah menyatakan bahawa sebarang RUU yang sentuh Perlembagaan Persekutuan harus dibuat mengikut RUU pindaan persekutuan dengan majoriti dua pertiga.
 
"Jelas sekali bahawa ini bukan ikut perlembagaan oleh itu kerana ia tak berperlembagaan dari segi 'substance' dan prosedur tak ikut perlembagaan. Oleh itu ahli parlimen DAP tidak akan sokong," katanya.
 
Kit Siang menafikan komen orang Melayu yang sedar akan taktiknya itu. Namun anak-anak buahnya terus menyerang institusi Islam bertujuan mengabui mata umum apa agenda DAP sebenarnya.
 
"Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah pertempuran antara Pakatan Harapan melawan Barisan Nasional (BN), dan jika Umno hilang kuasa Kerajaan Persekutuan, Perdana Menteri bukan kalangan orang Cina, tetapi Melayu.
 
“Isu sebenar dalam PRU14 adalah sama ada rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau kawasan boleh menyelamatkan Malaysia,” katanya di Plentong, Johor minggu lalu.
 
Politik buta hati kerana dorongan nafsu mahu berkuasa parti parti pembangkang Melayu akan mempercepat penghapusan hegemoni Melayu dalam politik Malaysia.
  
Perspektif ini menuntut pemimpin Melayu seperti A Samad Said, Zaid Ibrahim dan Abdul Aziz Bari insaf betapa mereka bakal meruntuhkan kuasa dan pengaruh politik Melayu-Islam atas nama liberalisme dan demokrasi.


Tags : Lim Kit Siang Perdana Menteri


Ruangan Komen