Dunia   

Albania gagal pilih presiden baru

pada 20-04-2017 08:04 

Post Pic

TIRANA: Parlimen Albania gagal dalam usaha memilih presiden baharu selepas Perdana Menteri, Edi Rama memutuskan untuk tidak menawarkan calon pada pusingan pertama undian, semalam. 
 
"Kami tidak menawarkan mana-mana calon kerana kami memutuskan untuk mengadakan dialog dengan pihak pembangkang bagi memilih presiden baharu, sekali gus mendapatkan persetujuan semua parti politik di Albania," kata Speaker Parlimen, Ilir Meta pada sidang Parlimen. 
 
Pihak pembangkang Albania bertindak memulaukan sidang Parlimen sejak pertengahan Februari lalu, bagi mendesak kerajaan peralihan untuk mengadakan pilihan raya yang adil dan bebas. 
 
Mengikut Perlembagaan, calon presiden memerlukan sokongan kira-kira 84 daripada 140 Ahli Parlimen, iaitu jumlah majoriti dimiliki parti perikatan yang memerintah. 
 
Pusingan terbaharu pemilihan presiden dijadualkan berlangsung, hari ini. - AFP


Tags : Albania presiden baru


Ruangan Komen