Nasional   

Laporan akhir siasatan kerugian mata wang asing Bank Negara dibentang kepada kerajaan pada Jun

pada 21-04-2017 06:04 

Post Pic

 
KUALA LUMPUR: Pasukan Petugas Khas Siasatan Kerugian Mata Wang Asing Bank Negara yakin laporan akhir yang mengandungi syor-syor untuk tindakan selanjutnya akan dibentangkan kepada kerajaan pada Jun akan datang.
 
Pengerusinya, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata Pasukan Petugas Khas telah  menemu bual beberapa individu yang dikenal pasti termasuk yang hadir secara sukarela untuk memberi maklumat berkaitan dengan isu kerugian Bank Negara Malaysia (BNM).
 
"Pasukan Petugas Khas juga telah meneliti dengan mendalam dokumen-dokumen sedia ada seperti Laporan Kewangan Tahunan BNM, Laporan Article IV oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), penyata rasmi Parlimen, kenyataan media dan penerbitan yang berkaitan," katanya dalam kenyataan hari ini.
 
Katanya Pasukan Petugas Khas akan menjemput lagi pihak-pihak terbabit secara langsung atau tidak langsung, dan juga pihak yang mendakwa mempunyai maklumat dan bahan yang berkait rapat dengan kerugian mata wang asing pada tahun 90-an, dalam masa terdekat.
 
Katanya pihaknya turut menggesa individu yang mendakwa mempunyai​​​​​​​ maklumat dan dokumen berhubung kerugian urus niaga ini untuk tampil ke hadapan berkongsi maklumat dengan​​​​​​​ Sekretariat Pasukan Petugas Khas.​​​​​​​
 
Pasukan Petugas Khas telah mengadakan sebanyak enam mesyuarat berhubung dengan urus niaga mata wang asing yang melibatkan kerugian BNM pada tahun 1990-an, sejak 16 Mac 2017.


Tags : Laporan akhir Bank Negara


Ruangan Komen