Dunia   

22 maut rumah terbakar di China

pada 16-07-2017 04:07 

Post Pic

 
BEIJING: Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh apabila sebuah rumah di wilayah Jiangsu di China terbakar, hari ini. 
 
Agensi berita rasmi Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan berkata, kebakaran berlaku sebelum waktu subuh pagi tadi di sebuah rumah dua tingkat di pekan Yushan dalam bandar Changshu. 
 
"Tiga orang lagi tercedera dalam kebakaran itu. Api berjaya dipadamkan dan siasatan menyeluruh sedang berjalan untuk mengenal pasti punca kebakaran,' kata agensi itu. 


Tags : Rumah terbakar China


Ruangan Komen