Dunia   

Sembilan maut tangki gas meletup

pada 17-07-2017 07:07 

Post Pic

 
CALABAR: Sekurang-kurangnya sembilan maut dan 10 parah apabila sebuah tangki gas meletup di kompleks bahan api di kawasan tenggara, dekat sini.
 
Pegawai polis Cross River State, Hafiz Inuwa, berkata tiada maklumat awal diperoleh mengenai letupan kompleks milik syarikat Linc Oil and Gas Nigeria.
 
Ketua polis yang berada di tempat kejadian berkata, pengurus kompleks terbabit belum memberi penjelasan berhubung punca letupan.
 
"Setakat ini sembilan disahkan mati dan ramai lagi melecur serta dirawat di hospital tempatan," katanya.
 
Seorang pekerja yang enggan namanya didedahkan berkata, angka kematian mungkin meningkat kerana 10 yang cedera parah kini kritikal.
 
Letupan minyak kerap berlaku di Nigeria, negara pengeluar minyak terbesar di Afrika dan wilayah yang padat penduduk.
 
Kemalangan kerap berlaku disebabkan saluran paip rosak angkara pencuri minyak mentah. 


Tags : Tangki gas meletup


Ruangan Komen