Nasional   

PRU14 tak diadakan sebelum September - Zahid

pada 17-07-2017 01:07 

Post Pic

 
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak akan diadakan sebelum September ini.
 
"(September) awal sangat, ia (PRU) akan didakan selepas itu," kata Zahid seperti dipetik Channel News Asia.
 
Ahmad Zahid berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada majlis rumah terbuka hari raya Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini semalam.
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai tempoh sehingga Ogos tahun depan untuk membubarkan parlimen bagi membolehkan PRU14 diadakan.
 
Walaupun begitu sesetengah pihak menjangkakan ia akan diadakan seawal suku keempat tahun ini.


Tags : PRU14 September Zahid


Ruangan Komen