Dunia   

Arab Saudi kecam Trump

pada 07-12-2017 08:12 

Post Pic

 
RIYADH: Arab Saudi hari ini mengecam keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel yang disifatkan langkah tidak bertanggungjawab.
 
"Arab Saudi merasa amat kesal dengan keputusan Presiden AS mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel,’’ menurut sumber istana.
 
Sumber tersebut melalui kenyataan memaklumkan, negara ini telah memberi amaran tentang akibat serius terhadap tindakan yang tidak adil dan tidak bertanggungjawab itu.


Tags : Arab Saudi Trump


Ruangan Komen