Dunia   

Undi tidak percaya gagal

pada 07-12-2017 12:12 

Post Pic

 
WASHINGTON: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat semalam sebulat suara menolak usul seorang ahli Kongres untuk melaksanakan undi tidak percaya terhadap Trump, dengan pemimpin Parti Demokrat berpendapat langkah itu tidak sesuai untuk dilaksanakan buat masa ini.
 
Seramai 364 pembuat dasar mengundi untuk menolak dan 58 mengundi untuk menerima usul ahli liberal Demokrat, Al Green untuk memulakan proses undi tidak percaya terhadap presiden Republikan.
 
Difahamkan, Green menggunakan usul istimewa untuk memaksa undian terhadap isu itu. Semua ahli Republikan menolak usul terbabit bersama-sama 126 pembuat dasar Demokrat.
 
Ketua Minoriti Dewan, Nancy Pelosi, berkata jawatankuasa Kongres perlu dibenarkan untuk menyiasat kes campur tangan Russia dalam pilihan raya Amerika Syarikat dan kemungkinan Trump bersubahat.
 
"Siasatan peguam sedang dilakukan dan semua siasatan ini patut dibenarkan untuk diteruskan. Ini bukan masanya untuk melaksanakan undi tidak percaya," kata beliau merujuk kepada Robert Mueller. 


Tags : Undi gagal


Ruangan Komen