Dunia   

Dron India ceroboh ruang udara China

pada 07-12-2017 12:12 

Post Pic

 
BEIJING: Sebuah dron milik India dilaporkan menceroboh ruang udara China dan terhempas, menurut agensi berita rasmi Xinhua.
 
“Tindakan India itu jelas melanggar kedaulatan wilayah China. Kami meluahkan rasa tidak puas hati dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan tersebut,” kata Timbalan Pengarah Biro Pertempuran Bahagian Barat Tentera, Zhang Shuili.
 
Shuili bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut berkaitan insiden berkenaan.
 
Tambah Shuili, tentera sempadan China telah mengambil langkah profesional dan menjalankan pengesahan identiti dron itu. 


Tags : Dron India China


Ruangan Komen