Nasional   

Baliklah Kelantan kalau tak setuju, titah Sultan Selangor kepada Zaid

pada 07-12-2017 01:12 

Post Pic

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim baliklah ke Kelantan jika tidak bersetuju dengan kenyataan baginda terhadap Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Dalam temubual eksklusif dengan Utusan Malaysia, baginda menyifatkan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebagai seorang yang biadab.
 
“Dia duduk di Selangor, baliklah Kelantan kalau tak setuju, buat rumah besar-besar dan tolong rakyat Kelantan.
 
"Jangan cari rezeki di Selangor,” titah baginda yang merujuk kepada komen Zaid di Twitternya yang mengulas kenyataan baginda mengenai Dr Mahathir di The Star.
 
"Saya minta Zaid Ibrahim baca dengan teliti kenyataan saya dan dapatkan fakta yang betul sebelum buka mulut," titah baginda.
 
Baginda dukacita Zaid yang menurut baginda sengaja memutarbelitkan kenyataannya dengan cuba mengheret kepada isu politik.
 
 


Tags : Kelantan Sultan Selangor Zaid


Ruangan Komen