Nasional   

Banjir di Pulau Pinang tak kering dek kerana air mata Guan Eng, perli perwakilan

pada 07-12-2017 05:12 
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohamad Azhar, Shuhaniza Said & Athirah Hanapiah

Post Pic

KUALA LUMPUR: Secara berseloroh, Perwakilan Umno Pulau Pinang, Datuk Mohd Zaidi Said berkata kehadiran Datuk Seri Najib Razak ke negeri telah berjaya membuatkan air banjir surut ketika bencana itu berlaku November lalu. 
 
Membahaskan ucapan dasar presiden, Mohd Zaidi turut membidas drama air mata Ketua Menteri, Lim Guan Eng ketika memohon bantuan kerajaan pusat ketika Pulau Pinang dilanda banjir.
 
"Air mata Guan Eng pun tidak boleh keringkan banjir di negeri Pulau Pinang. Datuk Seri Presiden Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turun dan jejak kaki ke dalam banjir, air banjir terus turut. 
 
"Saya harap kalau berlaku sahaja banjir di Pulau Pinang nanti, terus masuk kaki kedua-dua pasangan itu ke dalam air banjir, insya-Allah air banjir akan surut," katanya.
 
Ketika banjir melanda negeri berkenaan, Guan Eng sambil menangis menceritakan kepada wartawan bagaimana beliau menelefon Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk meminta Pulau Pinang diselamatkan.
 
Zahid kemudiannya turun melawat Pulau Pinang bagi melihat bencana berkenaan sebaik sahaja dihubungi Guan Eng.
 
Tidak lama kemudian Najib turut membuat lawatan sehari ke Pulau Pinang bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai banjir yang berlaku di negeri itu. 
 
-na-



Ruangan Komen