Dunia   

Lelaki tertua di dunia meninggal pada usia 113 tahun

pada 12-08-2017 10:08 

Post Pic

 
 
BAITULMAQDIS: Yisrael Kristal, individu yang pernah disahkan sebagai lelaki tertua di dunia oleh Guinness World of Records, meninggal dunia pada usia 113 tahun, hari ini.
 
Memetik laporan media Israel, Haaretz, Kristal menghembuskan nafas terakhir sebulan sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-114. 
 
Laman web berita Ynet pula berkata, mendiang Kristal yang juga mangsa terselamat daripada tentera Nazi, meninggalkan dua anak, sembilan cucu dan 32 cicit.
 
Kristal, berasal dari Zarnow atau kini Poland, lahir pada 15 September 1903. 
 
Beliau diiktiraf sebagai lelai tertua di dunia oleh Guinness World of Records pada Mac 2016.  


Tags : lelaki tertua


Ruangan Komen