Nasional   

Dua anggota tentera maut nahas jalan raya di Seremban

pada 13-08-2017 11:08 

Post Pic

 
 
SEREMBAN: Dua anggota Angkatan Tentera Darat maut setelah kenderaan yang dinaiki terbabit dalam satu nahas jalan raya awal pagi tadi.
 
Mangsa adalah Anwar Shaari, 23, dan Amirul Zulkhairi Ismail, 24.
 
Dalam kemalangan yang berlaku di kilometer 267.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari arah Seremban menuju ke ibu negara itu, dua lagi rakan mereka mengalami cedera parah.
 
Kemalangan dilaporkan berlaku pada jam 2 pagi tadi, apabila kereta Proton Waja yang dinaiki keempat-empat mangsa terbabas dan berpusing beberapa kali sebelum merempuh penghadang jalan.
 
Akibat rempuhan itu tiga mangsa tercampak ke dalam longkang.
 
Kesemua mangsa berkhidmat di Cawangan Sumber Manusia Angkatan Tentera Darat di Markas Padang Tembak, Kuala Lumpur.
 
 
-ai-


Tags : Kemalangan anggota tentera


Ruangan Komen