Nasional   

Buaya gergasi 300kg ditangkap di Miri

pada 13-08-2017 11:08 

Post Pic

 
MIRI: Seekor buaya gergasi seberat 300 kilogram dengan kepanjangan kira-kira tiga orang dewasa berjaya ditangkap oleh penduduk Kampung Labau Sibuti, di sini.
 
Memetik laporan The Star Online, buaya berkenaan ditemui penduduk di tebing sebatang sungai berhampiran kampung berkenaan yang terletak 60 kilometer dari Miri. 
 
Buaya berkenaan berjaya ditangkap dengan bantuan  Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), sebelum membawanya ke ladang buaya pada petang semalam. 
 
"SFC meminta unit Pertahanan Awam Miri untuk membantu memuat dan mengangkut buaya ke ladang buaya Kuala Baram (berhampiran sempadan Miri-Brunei)," kata Ketua Jabatan Jabatan Awam Miri, Mohd Hazle Abdul Hamid.
 
"Apabila unit kami tiba, buaya telah ditangkap dan diikat oleh penduduk kampung dan penduduk SFC.
 
"Ia mempunyai berat sekurang-kurangnya 300kg dan kira-kira 18 kaki panjang," katanya kepada pemberita.
 
Ia merupakan salah satu buaya terbesar yang pernah ditangkap hidup-hidup oleh penduduk kampung di daerah itu setakat ini.
 
 
-sh-


Tags : buaya Miri


Ruangan Komen