Dunia   

Hope Hicks Pengarah Komunikasi baru Trump

pada 13-09-2017 08:09 

Post Pic

 
WASHINGTON: Pembantu Donald Trump, Hope Hicks, dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Rumah Putih, mengisi kekosongan yang ditinggalkan Anthony Scaramucci.
 
Hicks, 28 yang memangku jawatan berkenaan sejak pengunduran Scaramucci mengesahkan pelantikannya menerusi e-mel, hari ini.
 
Bekas model dan pegawai perhubungan awam itu cukup dikenali kerana keakrabannya dengan keluarga Trump.
 
Beliau sebelum ini menjadi penasihat kepada Ivanka Trump dan jurucakap kempen pilihan raya Trump, kerjaya pertamanya dalam politik.
 
Walaupun kurang muncul di khalayak ramai berbanding Setiausaha Media, Sarah Huckabee Sanders, Pengarah Komunikasi Rumah Putih bertanggungjawab membentuk mesej pentadbiran.


Tags : Hope Hikcs Pengarah Komunikasi Trump


Ruangan Komen