Nasional   

10 rakyat Malaysia terbabit dalam kebakaran di Christchurch

pada 13-09-2017 05:09 

Post Pic

 
 
 
NEW ZEALAND: Seramai 10 rakyat Malaysia terbabit dalam satu kejadian kebakaran di Clifton, Christchurch, New Zealand pada Ahad itu.
 
Perkara itu disahkan oleh Kementerian Luar, menerusi Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini.
 
Seramai dua rakyat Malaysia menjadi mangsa kebakaran itu dan dikejarkan ke Hospital Umum Christchurch, dan kini keadaannya dilaporkan stabil.
 
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington sedang memantau keadaan mereka dan akan menghulurkan bantuan yang perlu.
 
“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular di New Zealand boleh menghubungi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington di alamat; High Commission of Malaysia, Wellington 10 Washington Avenue, Brooklyn, P.O. Box 9422, Wellington 6141, New Zealand. Tel:+64-4-385 2439 / +64-4-801 5659 atau e-mel mwwellington@kln.gov.my.
 
Kejadian itu dipercayai berlaku ketika kumpulan rakyat Malaysia itu menyewa sebuah rumah Airbnb. 
 
Kesemua mereka cuba memadamkan api kebakaran yang berlaku kira-kira jam 8.30 malam itu.
 
Akibat kejadian itu rumah kayu tiga tingkat di Clifton Terrace di tepi pantai di pinggir Sumner musnah teruk.
 
Enam orang dibawa ke hospital dengan empat orang daripada mereka mengalami kecederaan sederhana dan dua kecederaan ringan.
 
 
-ai-



Ruangan Komen