Nasional   

Amanah dapat tiga kerusi PAS di Sarawak

pada 13-09-2017 06:09 

Post Pic

 
 
 
SHAH ALAM: Amanah akan bertanding di tiga kerusi di Sarawak, jumlah yang pernah diperuntukkan kepada PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.
 
Perkara itu diumumkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak, Chong Chieng Jen selepas gabungan itu menyelesaikan pembahagian 31 kerusi sesama mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
 
PKR, DAP dan Amanah juga bersetuju mengekalkan status quo yang pernah dipersetujui Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.
 
Hasil pembahagian itu DAP akan bertanding di 11 kerusi, PKR pula 17 dan Amanah menggantikan PAS dengan tiga kerusi.
 
Chong percaya PH Sarawak boleh memecahkan cengkaman kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kali ini.
 
"Situasi di Semenanjung akan menjadi pemangkin kepada perubahan. Kawasan akar umbi Melayu di Semenanjung terutamanya di kawasan Umno, semakin goyah," kata Chong sebagaimana memetik The Malaysian Insight.
 
Pada PRU13, BN menang besar di kerusi majoriti Melayu dan Dayak di luar Bandar.
 
Manakala DAP menang di kerusi majoriti Cina di bandar, iaitu Bandar Kuching, Stampin, Sarikei, Lanang dan Sibu.
 
PKR pula hanya menang satu kerusi di Sibu, namun percaturan PAS di Sarawak langsung tidak membuahkan hasil.
 
 
-ai-


Tags : Amanah PAS PH Sarawak


Ruangan Komen