Nasional   

Umno 'restui' Najib berunding dengan PAS

pada 12-10-2017 11:10 

Post Pic

 
KUALA LUMPUR: Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dikatakan telah mendapat lampu hijau daripada kepimpinan parti dalam mengadakan rundingan pakatan pilihan raya dengan PAS.
 
Memetik laporan The Star, perkara itu diberitahu Ketua Penerangannya Tan Sri Annuar Musa, bahawa ini adalah kali pertama idea mengenai pakatan antara kedua-dua parti itu.
 
Annuar dilaporkan sebagai berkata bahawa segala-galanya kelihatan positif sekarang.
 
Beliau percaya usaha itu akan membuahkan hasil jika pakatan sedemikian disokong oleh ramai orang Melayu yang prihatin terhadap perpaduan Melayu.
 
Annuar dipetik berkata demikian di sesi dialog dengan tiga pemimpin pelajar universiti, bertajuk "Anda Tanya Kita Jawab" di Kuala Lumpur malam tadi.
 
Beliau dilaporkan tidak mengulas lanjut mengenai bagaimana kerjasama dengan PAS itu akan diadakan.
 
Minggu lepas, Annuar juga membayangkan bahawa Umno dan PAS akan bekerjasama, kerana menurutnya kedua-dua parti itu mempunyai "DNA yang sama", iaitu memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan Islam.
 
-na-


Tags : Umno Najib PAS


Ruangan Komen