Dunia   

Park Ji-sung bawa obor Sukan Olimpik PyeongChang 2018

pada 12-10-2017 01:10 

Post Pic

 
SEOUL: Ikon bola sepak Korea Selatan, Park Ji-sung dipilih sebagai pembawa pertama obor Sukan Olimpik Musim Sejuk yang julung kali diadakan di negara kelahirannya, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.
 
Jawatankuasa penganjur Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 berkata pada Rabu, bekas ketua pasukan bola sepak kebangsaan itu, akan menerima obor berkenaan di upacara penyerahan di Ancient Olympia, Greece pada 24 Oktober.
 
Park, 36, merupakan bintang bola sepak paling sensasi Korea Selatan sehingga persaraannya pada 2014.
 
Bekas pemain tengah kelab bola sepak Manchester United itu juga, merupakan pemain Korea Selatan pertama bermain di Liga Perdana Inggeris (EPL).
 
Obor tersebut akan mengelilingi Greece, tempat kelahiran Olimpik moden, sebelum tiba di Korea Selatan pada 1 November.
 
Larian obor membabitkan 7,500 pelari meliputi jarak sejauh 2,018 kilometer dan akan melalui sembilan wilayah, lapan bandar utama, 151 wilayah serta daerah di bawah slogan "Let Everyone Shine." 
 
 


Tags : Obor Olimpik PyeongChang


Ruangan Komen