Nasional   

Reman tiga pemimpin politik Sabah dilanjutkan tiga hari

pada 14-10-2017 09:10 

Post Pic

 
 
KOTA KINABALU: Tempoh reman bagi tiga ahli politik yang ditahan bagi membantu siasatan penyalahgunaan dana kerajaan persekutuan untuk Sabah, dilanjutkan selama tiga hari bermula esok.
 
Majistret Mohd Aizat Abdul Rahim meluluskan membenarkan lanjutan reman itu, lapor NST. 
 
Tiga pemimpin tersebut adalah Ketua Penerangan Pemuda Umno Sabah Jamawi Jaafar, Ketua Pemuda Umno Tawau Ariffin Kassim dan Ketua Pemuda Parti Warisan Sabah (Warisan) Mohd Azis Jamman.
 
Mohd Azis dan Jamawi ditangkap di pejabat SPRM di sini, manakala Ariffin ditahan di pejabat SPRM di Tawau pada hari yang sama. 
 
Mereka sebelum ini dikenakan tahanan reman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana awam bernilai RM1.5 bilion kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) antara tahun 2009 dan 2015.
 
-sh-
 
 


Tags : Sabah


Ruangan Komen