Nasional   

Jamil Khir, Othman mohon menghadap Sultan Johor

pada 14-10-2017 10:10 

Post Pic

 
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha, akan memohon perkenan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.
 
Othman berkata, ia berkaitan isu Pegawai kader JAKIM di Penjara Kajang, Zamihan Mat Zain, yang menyampaikan ceramah menyentuh mengenai dobi mesra Muslim seperti yang ditularkan di media sosial.
 
Beliau berkata, pihaknya amat menyanjung tinggi titah Sultan Ibrahim berkaitan agensi itu hari ini.
 
"Saya selaku Ketua Pengarah JAKIM dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan segera memohon perkenan untuk menghadap Sultan Johor berkaitan isu Ustaz Zamihan, yang menyampaikan ceramah menyentuh mengenai dobi mesra Muslim seperti yang ditularkan di media sosial," katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.
 
Sultan Ibrahim ketika bertitah pada Majlis Konvokesyen Ke-17 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, hari ini menitahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) supaya berhenti berurusan dengan JAKIM.
 
Baginda bertitah, JAKIM juga tidak perlu lagi memberi pandangan kepada Johor membabitkan hal ehwal agama Islam.
 
Baginda bertitah demikian sebagai mengulas tindakan Zamihan yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Sultan Johor.
 
-ze-
 


Tags : Jamil Khir Othman Sultan Johor


Ruangan Komen