Dunia   

Empat maut pesawat terhempas di Ivory Coast

pada 14-10-2017 10:10 

Post Pic

 
ABIDJAN: Sekurang-kurangnya empat warga Moldova terbunuh selepas sebuah pesawat kargo terhempas di laut berhampiran lapangan terbang antarabangsa di Abidjan, Ivory Coast, hari ini.
 
Menurut sumber keselamatan, enam lagi, termasuk empat warga Perancis turut cedera dalam kemalangan itu.
 
Sumber tentera Perancis mengesahkan warga negara mereka adalah antara yang cedera dalam insiden itu.
 
"Pesawat berkenaan gagal mendarat dan terhempas dalam air. Anggota bomba dan pasukan keselamatan berada di tempat kejadian," kata Komisioner Polis, Charlemagne Bleu. 


Tags : Pesawat terhempas Ivory Cost


Ruangan Komen