Nasional   

Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim nama putera TMJ

pada 14-10-2017 11:10 

Post Pic

 
JOHOR BAHRU: Putera Tunku Mahkota Johor yang selamat diputerakan hari ini diberi nama Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim ibni Tunku Ismail.
 
Nama tersebut mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
 
Perkara itu dimaklumkan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli dalam satu kenyatan di sini sebentar tadi.
 
Terdahulu, Abdul Rahim dalam satu kenyataan memaklumkan isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che’ Puan Khaleeda Bustamam selamat melahirkan putera sulung mereka hari ini.
 
Tunku Ismail dan Che' Puan Khaleeda turut dikurniakan seorang puteri yang diberi nama Tunku Kalsom Aminah Sofiah pada 25 Jun tahun lalu.
 
 
-sh-
 
 


Tags : TMJ Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim


Ruangan Komen