Dunia   

Lebih 1.1 bilion orang tiada dokumen identiti rasmi

pada 14-10-2017 11:10 

Post Pic

 
Lebih 1.1 bilion orang terutama di Asia dan Afrika kekurangan dokumen rasmi untuk membuktikan identiti mereka sehingga menyebabkan mereka tidak boleh mendapat akses kepada penjagaan kesihatan awam, pendidikan dan kewangan, menurut Bank Dunia.
 
Lebih daripada satu pertiga orang “ghaib” adalah kanak-kanak, kata organisasi itu dalam laporan diterbitkan pada mesyuarat tahunan di Washington minggu ini.
 
Ini menimbulkan kesukaran kepada mereka yang terpaksa menjadi pelarian kerana konflik atau bencana alam.
 
Bagi menangani masalah ini, Bank Dunia melancarkan program 1D4D untuk mengembangkan program identifikasi digital yang boleh membantu menghapuskan kemiskinan.
 
Institusi memerangi kemiskinan itu mempunyai projek identifikasi digital dan pendaftaran sivil bernilai lebih AS$500 juta di lebih 12 buah negara.
 
Organisasi itu mengatakan program itu juga boleh membantu kerajaan mengurangkan pembaziran dan melonjakkan inovasi dalam penyampaian perkhidmatan kritikal. 


Tags : Lebih tiada dokumen


Ruangan Komen