Dunia   

Ophelia ragut tiga nyawa

pada 17-10-2017 07:10 

Post Pic

 
DUBLIN: Tiga maut manakala lebih 300,000 penduduk terputus bekalan elektrik apabila taufan Ophelia melanda Ireland, yang memaksa sekolah dan pejabat kerajaan ditutup.
 
Jurucakap polis berkata, seorang wanita berusia dalam lingkungan 50-an maut di Aglish selepas pokok menghempap kenderaannya, manakala penumpang wanita berusia dalam lingkungan 70-an cedera ringan.
 
Seorang mangsa lelaki maut dalam kemalangan ketika membersihkan pokok tumbang dengan gergaji berhampiran bandar Cahir.
 
"Mangsa ketiga membabitkan seorang lelaki yang dihempap pokok tumbang di utara Dundalk, timur laut Ireland," kata polis dalam satu kenyataan.
 
Sementara itu, perkhidmatan meteorologikal kebangsaan Ireland, Met Eireann, menjangkakan taufan Ophelia membawa hujan lebat yang boleh menyebabkan banjir, selain ribut di kawasan pantai.


Tags : Ophelia taufan nyawa


Ruangan Komen