Dunia   

400 anggota IS di Raqa serah diri

pada 18-10-2017 11:10 

Post Pic

 
RAQA: Kira-kira 400 anggota kumpulan militan Islamic State (IS) termasuk warga asing menyerah diri beberapa minggu kebelakangan ini kepada tentera Amerika Syarikat (AS) di bekas kubu kuat kumpulan pelampau Syria, Raqa, kata seorang pegawai tentera negara itu.
 
Kolonel Ryan Dillon, jurucakap gabungan gabungan yang diketuai AS yang membantu melatih dan melengkapkan pasukan tempatan di Syria dan Iraq, berkata sebahagian besar pihak pelampau menyerah diri sejak beberapa minggu, ketika operasi merampas bandar mencapai peringkat akhir.
 
Para pejuang yang menyerah diri kepada Angkatan Demokratik Syria (SDF) adalah pakatan rakyat Kurdish dan Arab yang disokong AS.
 
"Dalam beberapa hari terakhir, kira-kira 350 pejuang menyerah diri kepada SDF di Raqa, dengan beberapa pejuang asing yang disahkan ditahan selepas pemeriksaan SDF," kata Dillon yang berpangkalan di Baghdad kepada wartawan menerusi panggilan video.
 
 
Beberapa minggu kebelakangan ini, secara purata kira-kira empat askar IS menyerah diri setiap minggu, katanya.
 
SDF mengumumkan mereka berjaya menawan Raqa selepas lebih empat bulan bertempur.
 
"Sebaik sahaja kawasan itu diasingkan dan sebelum operasi serangan bermula, banyak pemimpin akan bergerak segera meninggalkannya," kata Dillon.
 
"Kami perlu membersihkan sisa semua bahan letupan yang telah ditinggalkan di Raqa sepanjang pertempuran ini," katanya.
 
Seorang komander pasukan keselamatan Raqa dan dua anggota terbunuh semalam ketika melalui bandar dan teraktifkan sebiji bom, kata Dillon.
 
Di tempat lain, gabungan anti-IS masih bertempur di utara Iraq utara, khususnya di rantau Anbar, di mana pesawat bersekutu melakukan lebih 30 serangan sepanjang minggu lalu.
 
IS masih menguasai dua bandar di kawasan berhampiran sempadan Syria - Al-Qaim dan Rawa.
 
Di bandar Tal Afar, Iraq, yang digempur Baghdad pada Ogos, IS meninggalkan senjata dengan jumlah yang banyak termasuk 550 bom buatan sendiri, kata Dillon.


Tags : Anggota IS Raqa


Ruangan Komen