Dunia   

Bayi ketiga Putera William dan Kate dijangka lahir April

pada 18-10-2017 12:10 

Post Pic

 
LONDON: Putera William dan isterinya Kate dijangka menimang cahaya mata ketiga mereka pada April, umum Istana Kensington hari ini.
 
Pasangan Duke dan Duchess of Cambridge itu sangat gembira ketika mengesahkan bulan kelahiran anak mereka, menurut kenyataan ringkas itu.
 
Istana Kensington mengumumkan berita kehamilan Kate pada bulan lalu selepas beliau terpaksa membatalkan satu acara kerana mengalami alahan yang teruk.
 
Kate dijadualkan melawat Norway dan Sweden bersama William dalam satu lawatan rasmi pada awal 2018.
 
Pasangan itu mempunyai dua anak iaitu Putera George yang lahir pada 2013 dan Puteri Charlotte, berusia dua tahun.
 
Kedua-duanya dilahirkan di Hospital St Mary di London, hospital sama di mana William dilahirkan pada 1982.


Tags : Bayi Puteri William Kate


Ruangan Komen