Dunia   

Trump puji Najib uruskan dialog ASEAN-AS

pada 13-11-2017 04:11 

Post Pic

 
MANILA: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memuji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kejayaan menganjurkan Dialog ASEAN-Amerika Syarikat (AS) yang diadakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 di sini, hari ini.
 
Malaysia merupakan negara penganjur dialog tersebut yang diadakan sempena 40 tahun perhubungan rantau ini dengan negara itu dan juga ulang tahun ke-50 penubuhan ASEAN.
 
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Najib (Tun Razak) atas kecemerlangan penganjuran majlis dialog ini dan saya sangat menghargainya. Anda menyelaraskannya dengan baik dengan kami,” katanya dipetik Utusan Online.
 
Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluan sempena dialog tertutup tersebut di Pusat Konvensyen Antarabangsa Filipina di sini yang dipengerusikan oleh Presiden Filipina Rodrigo Dutarte.
 
Menurut Kementerian Luar, fokus dialog tersebut antara lain akan membincangkan mengenai kejayaan hubungan 40 tahun kedua-dua rantau, isu-isu berbangkit seperti pertikaian Laut China Selatan, keganasan, ekonomi digital dan rancangan masa depan.
 
 


Tags : Trump Najib dialog


Ruangan Komen