Dunia   

Gempa bumi: Operasi menyelamat gempa Iran dihentikan

pada 14-11-2017 08:11 

Post Pic

 
TEHERAN: Iran hari ini menghentikan operasi menyelamat di kawasan yang terjejas teruk dengan gempa bumi kuat yang meragut kira-kira 450 nyawa dan mencederakan ribuan yang lain.
 
“Operasi menyelamat di barat wilayah Kermanshah dihentikan,” kata Ketua Perkhidmatan Perubatan dan Kecemasan Iran, Hossein Kolivand.
 
Gempa bumi kuat berukuran 7.3 pada skala Richter menjejaskan kampung dan bandar di kawasan pergunungan itu kelmarin yang turut bersempadan dengan Iraq.


Tags : Gempa bumi Iran


Ruangan Komen