Dunia   

Ribut tropika landa Madagascar

pada 11-01-2018 08:01 

Post Pic

 
ANTANANARIVO: Sekurang-kurangnya 36 maut manakala kira-kira 20,000 lagi hilang tempat tinggal akibat banjir, hujan lebat dan angin kencang apabila siklon tropika Ava melanda Madagascar, minggu lalu.
 
Daripada jumlah itu, seramai 17 mangsa terkorban apabila sebuah rumah musnah dalam kejadian tanah runtuh di Ivory di tenggara Antananarivo.
 
"Angka rasmi mencatat 36 kematian, 25 dilaporkan hilang dan 20,462 penduduk hilang tempat tinggal," kata Biro Kebangsaan bagi Risiko dan Pengurusan Bencana.
 
Laporan menyebut, 28 kemudahan kesihatan turut musnah, selain ribuan kediaman dan hasil tanaman.
 
"Bantuan kecemasan termasuk beras sudah dihantar ke kawasan terjejas, manakala di sesetengah kawasan penduduk sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," kata pihak berkuasa.


Tags : Ribut Madagascar


Ruangan Komen