Nasional   

Kertas siasatan Felda dihantar ke Peguam Negara minggu depan

pada 12-01-2018 12:01 

Post Pic

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung kes pemindahan hak milik tanah Felda di Jalan Semarak di sini dijangka diserahkan kepada pejabat Peguam Negara minggu depan.
 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, siasatan mengenai kes tersebut masih berjalan dan pihaknya akan memanggil beberapa lagi saksi untuk diambil keterangan.
 
“Saya tidak akan mendedahkan berapa ramai individu yang akan dipanggil bagi melengkapkan siasatan.
 
“Namun kita harap kertas siasatan ini akan dapat diserahkan kepada Peguam Negara minggu depan untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam sidang akhbar selepas Perasmian Pejabat Sekretariat Polis Asean (Aseanapol) dan Serah Terima Tugas Pengarah Sekretariat di Menara Kembar Bank Rakyat di sini hari ini. 
 


Tags : Kertas siasatan Felda Peguam Negara


Ruangan Komen