Nasional   

Dua maut motosikal tertimbus tanah runtuh

pada 12-01-2018 03:01 

Post Pic

KOTA MARUDU: Dua lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kilometer 36 Jalan Marak Parak-Ranau, dekat sini pagi tadi.
 
Mangsa dikenali sebagai Jaimin Bien, 46, dan Edmon James, 22, meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian, lapor Astro Awani. 
 
Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata mayat kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu yang bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.
 
"Kita menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 7.30 pagi sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian untuk membuat pemeriksaan.
 
"Berdasarkan maklumat awal, kejadian ini membabitkan insiden tanah runtuh di Kilometer Jalan Marak Parak-Ranau, Kota Marudu di mana terdapat dua lelaki maut akibat tertimbus runtuhan tanah," katanya.
 
Difahamkan kedua-dua mangsa berasal dari Kampung Tandahawon dan Kampung Melangkap Tengah, Kota Marudu.
 
 
 
-sh-
 


Tags : tanah runtuh


Ruangan Komen