Nasional   

Beberapa kawasan alami penurunan suhu, Kuala Pilah paling rendah 21 Celcius

pada 12-01-2018 04:01 

Post Pic

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi mengesahkan beberapa kawasan terutama di selatan Semenanjung mengalami penurunan suhu, namun keadaan itu adalah fenomena biasa ketika musim monsun timur laut. 
 
Ketua pengarahnya Alui Bahari berkata, Kuala Pilah di Negeri Sembilan merekodkan suhu paling rendah pada 21 darjah Celcius sejak tengah malam tadi hingga awal pagi. 
 
“Cuaca mendung, hujan berterusan dan pergerakan tiupan angin sejuk monsun timur Laut merupakan antara faktor cuaca sejuk yang melanda beberapa negeri di Semenanjung sejak semalam.
 
“Cuaca sejuk ini berlaku terutamanya di kawasan pedalaman dan daratan dengan sejak tengah malam semalam hingga awal pagi ini, stesen meteoreologi dari selatan Semenanjung hingga ke Johor mencatatkan suhu 22 darjah Celcius minimum dan maksimum 25 darjah Celcius berbanding suhu biasa 30 hingga 31 darjah Celcius,” katanya dipetik Bernama.
 
Mengulas lanjut, Alui berkata perubahan suhu itu turut disumbangkan oleh keadaan berawan dan hujan renyai di beberapa negeri termasuk Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka serta hujan sederhana di Pahang dan Johor.
 
“Kita jangka keadaan akan kembali normal hari ini selepas hujan reda,” katanya.
 
Beliau menambah, fenomena itu tidak melanda negeri-negeri di utara Semenanjung.
 
 
 
-sh-
 


Tags : Kuala Pilah suhu


Ruangan Komen