Nasional   

Plat 'Republik Utara' RU 1 dibida lebih RM400,000

pada 12-01-2018 04:01 

Post Pic

KANGAR: Nombor pendaftaran kenderaan RU 1 dibida sebanyak RM427,777 dan kini dimiliki seorang lelaki bernama Tan Lung Lai.
 
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis berkata bidaan itu adalah tertinggi bagi siri nombor berkenaan di negeri itu, lapor Kosmo!
 
Plat RU dikatakan digemari kerana membawa maksud "Republik Utara", kombinasi nama keluarga, suami isteri atau anak-anak.
 
Plat RU 9 dimiliki Syarikat New Station Trading Sdn Bhd dengan bidaan RM152,000. RU 3 dimenangi Restoran Jessry dengan bidaan RM148,500.
 
JPJ Perlis berjaya mengutip RM12.2 juta keseluruhannya bagi plat RR.


Tags : Plat RU 1 dibida


Ruangan Komen