Nasional   

Latheefa selar pihak gelar Azmin pengkhianat

pada 12-01-2018 06:01 

Post Pic

 
 
SHAH ALAM: Ahli majlis pimpinan pusat PKR, Latheefa Koya tampil menyelar segelintir pihak yang menuduh Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Azmin Ali sebagai pengkhianat.
 
Beliau mendakwa terdapat pihak yang suka memfitnah Azmin dan lupa peranan Menteri Besar Selangor itu yang banyak memastikan Pakatan Harapan (PH) boleh berfungsi secara efektif.
 
Menurut latheefa, Azmin merupakan individu di sebalik pertemuan semula dua tokoh penting, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 5 September 2016 yang lalu, yang mana akhirnya gabungan kedua-duanya mencetuskan harapan kepada negara ini.
 
“Pimpinan yang lain bukan sahaja mengecam tetapi siap mensabotaj dan cuba memecah-belahkan mereka dua ini.
 
“Lupakah kita kerja jahat 'mat bocor' atau 'budak kecik', kejap sokong, kejap menghentam,” katanya dalam satu posting di Facebook.
 
Latheefa bagaimanapun tidak menyebut nama pihak yang dimasudkannya secara spesifik.
 
Tambahnya, walaupun dihina sebagai pengkhianat dan sebagainya, Azmin konsisten dan memandang jauh strategi menggabungkan Dr Mahathir dan Anwar.
 
Beliau juga menyebut betapa peranan Azmin yang telah mencabar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di mahkamah atas isu persempadanan semula, menjadi sebab pilihan raya belum diadakan ketika ini.
 
“Jika Azmin tidak membuat cabaran ini, sudah lama pilihan raya umum (PRU) dipanggil dan Pakatan Harapan tidak mampu bersedia.
 
“Ada sesiapa ucapkan terima kasih? Tidak. Langsung tiada terima kasih! Sebaliknya sehingga hari ini, beliau dikecam dan dituduh sebagai not a team player! (bukan rakan dalam pasukan),” tegasnya.
 
 
 
-sh-
 


Tags : Latheefa Azmin


Ruangan Komen