Nasional   

Polis buru lelaki disyaki cabul kanak-kanak

pada 22-01-2018 06:01 

Post Pic

 
 
ALOR SETAR: Polis kini memburu seorang lelaki yang mencabul seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun di sebuah 'funfair' di Sungai Petani, Sabtu lalu.
 
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, suspek yang juga kenalan kepada keluarga kanak-kanak perempuan itu dikatakan melakukan perbuatan berkenaan antara pukul 11 malam hingga 1 pagi ketika membawa mangsa ke tapak pesta berkenaan.
 
“Suspek yang merupakan kenalan keluarga itu dikatakan datang ke rumah mangsa untuk membawa kanak-kanak berkenaan membeli makanan di Bandar Baru Sungai Lalang, Sungai Petani. Lelaki berkenaan menghantar mangsa pulang pada kira-kira pukul 1 pagi,” kata dalam satu kenyataan di sini hari ini.
 
Terdahulu, video berdurasi 20 saat yang menunjukkan seorang lelaki beberapa kali mencium pipi memasukkan tangan dalam baju seorang kanak-kanak di sebuah sebuah 'funfair', di sini menjadi tular di media sosial sejak semalam.
 
Menurut Saifi, keluarga mangsa hanya mengetahui perbuatan tidak senonoh lelaki itu selepas melihat sebuah video yang menjadi tular di aplikasi WhatsApp semalam.
 
“Semalam pada kira-kira pukul 11.30 malam, suspek sekali lagi datang ke rumah mangsa. Apabila ibu mangsa bertanya mengenai kejadian tersebut, suspek telah mengaku dan memohon maaf sebelum beredar.
 
“Susulan itu, ibu mangsa telah membuat laporan polis dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” ujarnya.
 
Tambahnya, pihaknya kini sedang memburu lelaki berkenaan untuk membantu siasatan manakala mangsa telah dirujuk ke hospital bagi menjalankan pemeriksaan.
 
 
 
 
-sh-
 


Tags : cabul kanak-kanak


Ruangan Komen