Dunia   

Ketua Jamaah Ansharut Daulah Indonesia dipenjara tujuh tahun

pada 13-02-2018 09:02 

Post Pic

 
JAKARTA: Ketua kumpulan militan Jamaah Ansharut Daulah, Zainal Anshori dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun semalam selepas didapati bersalah menyeludup senjata dari selatan Filipina.
 
Zainal, 43, didapati bersalah melakukan jenayah keganasan oleh mahkamah tempatan.
 
Kumpulannya dipercayai terlibat dalam beberapa rancangan keganasan di negara ini termasuklah serangan di Jakarta pada Januari 2016 yang mengorbankan lapan orang.
 
Menurut mahkamah tempatan, sebanyak 50 senjata yang dirampas itu, dipercayai digunakan untuk rancangan serangan akan datang di negara ini. 


Tags : Ketua Jamaah penjara


Ruangan Komen