Nasional   

Hanya 30,000 bantah syor kedua persempadanan semula Selangor [TONTON VIDEO]

pada 13-02-2018 01:02 
Oleh Athirah Hanapiah

Post Pic

 
 
SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) bersama NGO BERSIH hari ini, hanya berjaya menghantar sejumlah 200 bantahan terhadap syor kedua kajian semula persempadanan semula Selangor di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Selangor (SPR).
 
Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, bantahan yang dikemukakan parti itu mewakili lebih 30,000 tandatangan pengundi Selangor yang dikumpul bersama keempat-empat parti komponen PH dan BERSIH.
 
"Ketidaksamarataan jumlah pengundi di kawasan bandar dan luar bandar sangat ketara di Selangor.
 
"Kami berharap agar SPR akan mengambil kira permintaan daripada rakyat untuk memastikan pembahagian yang sekata boleh dibuat disemua kerusi DUN dan Parlimen Selangor.
 
"Bagi kawasan yang terkesan dengan syor kedua seperti parlimen Gombak, Ampang, Pandan, Kuala Selangor dan Tanjong Karang, kami harap SPR akan meneliti bantahan-bantahan khusus yang telah dikemukakan pengundi di kawasan- kawasan tersebut," ujarnya kepada media di hadapan pejabat SPR Selangor pagi tadi.
 
Setiap satu bantahan itu mewakili sekurang-kurangnya 100 tandatangan.
 
Sebelum ini gabungan berkenaan mensasarkan 100,000 pengundi di Selangor untuk mendaftar bantahan mereka terhadap proses berkenaan.
 
SPR kini sedang mempamerkan cadangan persempadanan semula untuk kali kedua.
 
Tempoh pameran dan bantahan akan berakhir esok.
 
Disember lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meneruskan persempadanan semula di negeri ini.
 
Kebenaran itu sekaligus mengekalkan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi pada 7 Disember lalu.
 
 
-na-
 
 


Tags : bantahan persempadan semula Selangor


Ruangan Komen