Nasional   

Dera amah: Warga emas direman tujuh hari

pada 13-02-2018 02:02 

Post Pic

 
 
BUKIT MERTAJAM: Seorang warga emas direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes kematian seorang pembantu rumah warga Indonesia yang mati dipercayai akibat didera.
 
Wanita itu adalah ibu kepada dua suspek yang ditahan kerana dipercayai mendera pembantu rumah berkenaan, Adelina Lisao.
 
Perintah itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Bukit Mertajam Nor Hapipah Abdullah selepas wanita berusia 60 tahun itu dibawa ke mahkamah dalam keadaan bergari.
 
Ini menjadikan sehingga kini tiga orang suspek ditahan berhubung kes dera Adelina yang meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam kelmarin.
 
Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis negeri, Datuk A. Thaiveegan ketika ditemui pemberita hari ini.
 
“Kita juga sedang menunggu laporan penuh daripada pakar perubatan untuk mengesahkan berapa lama mangsa telah didera,” ujar beliau.
 
Adelina, 28, yang mengalami kecederaan parah, termasuk luka dan lebam di badan, mati ketika dirawat di Hospital Bukit Mertajam pada 4.45 petang kelmarin dan mayatnya dihantar ke HSJ untuk bedah siasat.
 
Wanita itu ditemui kira-kira 8 malam Sabtu, selepas polis menerima laporan berhubung kejadian tersebut daripada seorang lelaki yang juga pembantu kepada Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Lim.
 
 
 
-sh-
 
 


Tags : amah warga emas


Ruangan Komen