Nasional   

Integriti maklumat, simpanan ahli tak terjejas - KWSP

pada 13-02-2018 02:02 

Post Pic

 
 
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi jaminan bahawa integriti maklumat dan simpanan ahlinya tidak terjejas susulan kebakaran di bangunannya, hari ini.
 
“Kami akan sentiasa memantau situasi dan akan memaklumkan sebarang perkembangan setelah operasi cawangan dibuka semula,” demikian menurut kenyataan jabatan hal ehwal korporatnya.
 
Kenyataan itu turut menyebut pejabat KWSP itu ditutup buat sementara waktu ekoran kebakaran yang berlaku hari ini.
 
Penutupan itu, menurutnya, akan berlangsung sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
 
Menurut KWSP sesiapa yang ingin menjalankan sebarang transaksi dengan badan itu, dinasihati berhubung atau mengunjungi cawangan terdekat.
 
Antara cawangan KWSP yang paling hampir dengan pejabat di Petaling Jaya itu ialah di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
 
"Selain itu, ahli KWSP boleh menghubungi Pusat Pengurusan Pelanggan di 03-8922 6000 atau menghantar pertanyaan melalui lamanweb myEPF di http://enquiry.kwsp.gov.my," kata kenyataan itu lagi.
 
 
-sh-
 


Tags : KWSP


Ruangan Komen